Sunday, November 12, 2017

TOMATO CHUTNEY



TOMATO CHUTNEY

1 kg tomato,dibasuh dan cincang dikisar menjadi puree. Ketepikan

½ cawan sos tomato

150 gm bawang besar,dihiris halus

10 tangkai chilie padi hijau (yang panjang) dibelah 2

8 ulas bawang putih,dicincang halus

40 gm halia,dicincang halus

1 s/m serbuk chilie

½ s/m serbuk ketumbar

Garam secukup rasa

1/3 cawan minyak

1 s/t biji sawi

1 s/t jintan putih

1 s/t kadalai parupu

1 s/t urad dhal

½ s/t serbuk asafetida

3 tangkai daun kari

Sedikit daun ketumbar

1.    Panaskan minyak dan tumis biji sawi,jintan putin,urad dhal dan kadalai parupu kacau rata. Masukkan bawang,chilie,halia,bawang putih dan daun kari tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi sedikit perang.

2.    Kecilkan api dan masukkan serbuk asafetida,serbuk chilie dan serbuk ketumbar kacau rata dan tuangkan puree tomato dan sos tomato kacau rata dan biarkan mendidih dan kacau selalu hingga pekat sedikit dan naik minyak. Tutupkan api dan tabor dengan daun ketumbar. Sedap di makan dengan idli atau pun thosai.

Nota: jika tak suka pedas sangat boleh kurangkan chilie padi.






No comments: