Monday, November 13, 2017

BIRYANI AYAM PEDAS


BIRYANI AYAM PEDAS

500 gm ayam,dipotong saiz sederhana dan di gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan selama 30 mint

350 gm beras basmathi panjang,direndam selama 30 mint.

3 cawan air atau pun air rebusan ayam.

½ cawan yoghurt

150 gm tomato,dicincang

250 gm bawang besar,dihiris halus

6 tangkai chilie hijau,dibelah 2 (kurangkan jika tak suka pedas)

2 s/m pes halia bawang putih

½ s/t serbuk kunyit

2 s/m serbuk chilie

½ s/m jus lemon

2 ketul chicken cube,jika suka

Garam secukup rasa

Segenggam daun pudina dan daun ketumbar

2 daun bay*

4 biji buah pelaga*

4 kuntum bunga cengkih*

3 s/m ghee

1 s/m minyak

Bahan rempah biryani:

1 kuntum bunga lawang

3 s/t biji ketumbar

1 s/t lada hitam

1 s/t jintan manis

1 s/t jintan putih

4 tangkai bunga cengkih

4 biji buah pelaga

1 helai daun bay

1.    Sangai bahan rempah biryani sampai naik wangi dengan api yang kecil. Sejukan dan kisar menjadi serbuk. Ketepikan.

2.    Panaskan minyak dan ghee dalam periuk rice cooker ( periuk diletak di atas api) bila sudah panas masukkan bawang dan tumis higga menjadi sedikit perang.  Masukkan chilie dan pes bawang putih halia tumis hingga hilang bau bawang putih.

3.    Masukkan tomato dan kacau rata dan masuk serbuk kunyit,chillie dan serbuk kisar tadi kacau rata dan masak hingga tomato menjadi lebik dan naik minyak

4.    Masukkan cube ayam jika guna kacau rata dan tuangkan yoghurt dan jus lemon dan kacau rata. Masuk daun pudina dan ketumbar dan masukkan ayam kacau rata dan masak hingga ayam menjadi putih.

5.    Tuangkan air dan kacau rata rasa dulu baru masak garam. Masukkan beras dan kacau rata dan angkat periuk dan letak dalam cooker dan masak seperti biasa. Sajikan dengan raita.
  



1 comment:

nazirah said...

Followed exactly the same. Sangat sangat sangat sedappppp. Tq sir