Tuesday, August 15, 2017

SURUL APPAM ( KUIH KETAYAP ORANG INDIA )



SURUL APPAM  ( KUIH KETAYAP ORANG INDIA )

1 cawan tepung gandum

11/4 cawan santan cair, atau secukup nya.

1 biji telur

½  s/t garam

1 s/t ghee

1 s/t  baking powder

Campur kan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Tuangkan dalam belander dan kisar hingga sebati. Ketepikan.

Bahan inti

150 gm kelapa parut

¼ cawan kachang tahan,tumbuk kasar

60 gm jiggery atau pun gula perang,manis secukup rasa sendiri.

¼ s/t serbuk buah pelaga

1 s/t ghee

1 s/t tepung gandum

¼ cawan air

1.    Panaskan air dan masuk gula (jika pakai jiggery lepas gula cair kena tapis dulu ) bila gula sudah cair masuk semua bahan lain dan kacau hingga sedikit kering. Sejukkan

2.    Panaskan kuali nonstick sapu dengan sedikit ghee. Masukkan satu senduk adunan kedalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Bairkan masak.

3.    Ambil sesudu penuh inti. Letak di-atas permukaan kuih dadar.lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Hidangkan dengan teh panas.









No comments: