Wednesday, August 9, 2017

STEW UBI KENTANG DENGAN TAUFOO.



STEW UBI KENTANG DENGAN TAUFOO

600 gm ubi kentang,buang kulit dan potong cube.

600 gm tau foo,potong cube

30 gm bawang putih,dicengang

20 gm halia,dicengcang

½ s/t serbuk lada hitam

1 s/t serbuk five spice (serbuk lima beradik )*

1/4 cawan kicap pekat manis

2 s/m gula

1 s/m tepung gandum,campurkan dengan sedikit air menjadi pes.

31/2 cawan air

Garam secukup rasa

3 s/m minyak

1.    Goreng ubi sampai masak dan ketepikan. Goreng tau foo dan ketepikan.

2.    Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan garing.


3.    Tuangkan air dan masuk,serbuk five spice,serbuk lada hitam,kicap dan gula kacau rata dan biarkan sampai mendidih.
4.    Masukkan pes tepung dan kacau sebati dan rasa dulu sebelum masuk garam.

5.    Masakkan ubi dan tau foo dan bairkan kan mendidih sebentar. Hidangkan dengan nasi panas.

Nota: serbuk five spice boleh dibeli di supermarket atau pun di kedai runcit cina.














No comments: