Wednesday, November 9, 2016

BIRYANI IKAN




BIRYANI IKAN

500 gm ikan tengiri,dipotong dan sapu dengan sedikit garam dan kunyit.

2 biji bawang besar,dihiris halus

1 biji tomato,dicencang

4 tangkai chilie hijau,dibelah

2 s/m pes halia bawang putih

1 cawan yoghurt

25 gm daun pudina,cencang

25 gm daun ketumbar

2 s/t serbuk chilie

11/2 s/m serbuk ketumbar

2 s/t serbuk jintan putih

2 s/t serbuk biryani

1 cube ikan bilis

1 s/t jus limau nipis

¼ cawan butter,cairkan

Garam secukup rasa

50 gm gajus,goreng dengan sedikit butter

50 gm kismis,goreng dengan sedikit butter

Untuk nasi:

300 gm beras biryani panjang,direndam ½ jam dan tuskan

3 cawan air panas di campur dengan ½ keping stock ikan bilis.

½ cawan susu sejat atau pun santan pekat

4 ulas bawang merah,dihiris halus

1 s/m pes halia bawang putih

3-4 s/m butter

2 batang kayu manis*

4 biji buah pelaga*

4 kumtum bunga cengkih*

2 tangkai bunga lavang*

1 helai daun bay*

Garam secukup rasa

Sedikit daun pudina dan daun ketumbar cengcang.

¼ cawan air dicampur dengan warna kuning.

Masak ikan:

1.    Panaskan butter dan goreng ikan angkat dan ketepikan. Dalam butter yang sama masuk bawang dan chilie hijau tumis hingga bawang menjadi sedikit perang.

2.    Masukkan pes halia bawang putih tumis hingga hilang bau mentah. masuk rempah serbuk dan sedikit air tumis hingga naik minyak.

3.    Masukkan tomato dan cube ikan bilis tumis hingga sebati. Masuk yoghurt,daun pudina dan daun ketumbar kacau dan tumis hingga naik minyak. Masuk jus limau dan garam secukup rasa.

4.    Masuk ikan dan kacau rata jaga2 jangan bagi ikan hanchur. Ketepikan. Masak nasi.

Masak nasi:

1.    Panaskan butter dan tumis bahan* hingga naik wangi. Masuk bawang dan tumis hingga sedikit perang. Masuk pes halia dan tumis hingga hilang bau mentah.

2.    Masuk beras dan kacau rata. Tuangkan air dan susu kacau rata masak garam secukup rasa. Tuangkan ke dalam rice cooker dan masak hingga nasi masak.Tuangkan air warna kuning ditepi nasi dan biarkan sebentar.

3.    Bila nasi sudah masak lapis kan nasi dengan lauk ikan dalam periuk lain tabur gajus dan kimis. Lapis hingga habis. Tutup periuk dan simpan 1 jam sebelum hidang dengan raita.
 





No comments: