Monday, May 30, 2016

KUIH NEKBAT



KUIH NEKBAT

125 gm tepung beras,disangai sampai kering dengan api yang kecil,biarkan sejuk dan ayak.

3 biji telur grade A

Sedikit pewarna kuning,saya tak campur

1.    Pukul telur hingga betul2 kembang dan berbuih dengan hand beater. Campur warna.

2.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul rata dengan whisk hingga sebati.

3.    Panaskan oven 200c . sapu acuan kuih cara dengan sedikit minyak dan panaskan di atas dapur. Bila dah panas tutup api dan tuangkan adunan kedalam lubang terus masuk oven dan bakar hingga dia naik dan kering. Buat macam ini sampai habis adunan.

4.    Keluarkan dan sejuk. Resipi ini dapat 26 biji.

SIRA

2 cawan air

1 cawan gula

3 helai daun pandan

6-7 kuntum bunga cengkih

Masak semua bahan hingga gula larut dan mendidih. Tutup api dan masuk nekbat dan biarkan ia meresap air sira. Boleh di hidang  bila sejuk. Boleh juga ganti rose essence dengan daun pandan dan bunga cengkih.