Wednesday, July 15, 2015

KAIMAI BIRYANI


Kapada semua pengunjung blog saya, Saya uchapkan  SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI maaf zahir batin.

Resipi Khas Hari Raya Adilfitri



 KAIMA BIRYANI

500 gm daging ayam kisar (ramly)
150 gm tomato,dicencang
1/2 cawan yoghurt
1/2 cawan daun pudina,cencang
1/2 cawan daun ketumbar,cencang
4-5 s/m ghee
1 biji bawang besar,hiris halus
2-3 chili hijau,di hiris
2 s/m pes halia & bawang putih
(A)
2 buah pelaga.
2 kuntum  bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
(B)
1 s/t serbuk chili
1 s/t serbuk ketumbar
1 s/t serbuk kunyit
1 s/t serbuk biryani
1 cube ayam
Garam secukup rasa
Bahan untuk nasi:
2 cawan beras basmathi ( saya pakai pusagold ekstra panjang ) di basuh di rendam 1/2 jam (kalau pakai beras pusagold rendam 1 jam)
31/2 cawan air
1 cawan santan pekat atau pun susu sejat
1 helai daun pandan
1 helai daun bay,jika ada
30 gm kismis & 30 gm gajus
Kacang pea,kismis dan gajus untuk di-tabur atas nasi
1. Panaskan ghee dan masuk bawang dan A tumis hingga bawang menjadi perang.
2. Masuk pes halia dan bawang putih masuk sedikit air dan tumis hingga hilang bau halia dan naik minyak.
3. Masuk chili hijau dan tomato dan kacau rata masak hingga naik minyak masuk B dan kacau rata sampai naik minyak.
4. Masuk daging ayam dan yoghurt dan kacau rata masak sebentar. Masuk  beras dan semua bahan2 lain kacau rata dan masak guna periuk nasi elektrik. Sampai masak. Hidangkan dan tabur dengan kacang pea dan gajus. Orang india hiding nasi ini dengan raita.
Nota: ayam boleh di-ganti dengan daging lembu atau pun kambing. Boleh juga kalau nak campur dengan telur rebus yang di-goreng




No comments: