Saturday, May 18, 2013

KARI UDANG BUAH MUGGAI



KARI UDANG BUAH MUGGAI


200 gm udang,buang kulit.

6 batang buan muggai

1 biji tomato

30 gm serbuk kari daging,dibancuh dengan sedikit air menjadi pes.

1 sudu makan pes halia

1 sudu makan pes bawang
putih

600 ml santan

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar,hiris halus

1 batang kayu kulit manis

1 kuntum bunga lawang

2 tangkai daun kari

6-5 sudu makan minyak


1. Tumis  bahan tumis hingga naik wangi dan bawang menjadi perang.

2. Masukkan paste kari dengan sedikit air tumis hingga naik minyak. Masukkan buah muggai,tomato dan garam masak hingga buah muggai masak.

3. Masukkan udang jangan bagi udang masak lama nanti keras. Hidangkan  dengan nasi.
 




 

1 comment:

Unknown said...

Hi,sy nak tanya pes halia & bwg putih tu diperap bersama dgn udang/tumis bersama bwg?