Sunday, July 22, 2012

KUIH ANG KOO

KUIH ANG KOO

Kuih ini boleh di-buat dengan apa2 ubi yang kita suke seperti Keledek,keladi,ubi kayu dan juga dengan labu

Bahan inti

150gm kacang hijau,tanpa kulit rendam sampai kembang.

100gm gula

2 sudu besar minyak

1 helai daun pandan

Secubit garam


Ang Koo ubi keledek
 Air secukup nya

1. Rebus kacang dengan sedikit air hingga air kering dan kacang empuk.

2. Campurkan dengan gula minyak dan secubit garam lecek  sampai hancur.Angkat dari api. dan sejukkan

3. Bila suda sejuk bentuk bulat-bulat kecil dan ketepikan.


Ang Koo ubi kayu
Bahan kulit

125gm tepung pulut

100gm ubi keledek atau apa ubi atau pun labu

2 sudu besar minyak

Air secukup nya

NOTA: kalau guna ubi keledek masakkan sedikit warna merah secukup nya.


Ang Koo ubi keledek ungu
 1. Campurkan semua bahan2 dan uli hingga lembut dan bentuk bulat-bulat.

2. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan,ambil sebiji doh,leperkan dan letak sebiji  inti  dan salut doh sehingga menutup inti. Masukkan ke dalam acuan  ang koo  dan tekan perlahan2 dan padat2 kan.

3. Ketuk keluar doh tadi dan letak atas daun pisang yang dipotong kecil.

3. Kukus hingga  7-8 minit.guna api yang kecil. Keluar dan sapu dengan minyak.



..
.







No comments: